Tuesday, February 8, 2011

mAs!hkAh AkU d!hAt!mU~

     "Wei korang , jomlah cepat.Da lambat da ni."Ujar Miya kepada rakan-rakannya.Langkahnya dipercepatkan untuk segera sampai ke destinasi yang dituju.Setibanya di sana , Miya mematikan langkahnya.Rakan-rakannya sudah lali dengan kelakuannya itu.
"Miya , macam mana?"soal Lin.
"Hehe..sini je la.macam okey."Balas Miya sambil tersenyum.
     Mereka melangkah masuk ke dalam Restoran Warisan dan memilih untuk duduk di meja yang sedikit tersorok daripada orang ramai.Privacy katanya.Kehadiran mereka di restoran itu menjadikan keadaan di situ sedikit riuh dengan gelak tawa mereka yang sedang rancak bercerita tentang diri mereka masing-masing.Selepas penat berbual sambil minum di restoran tersebut,mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing.Miya,Lin dan Isya merupakan rakan karib.Mereka bertiga bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Agama Menengah Seri Desa.
**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**
"Miya,cepat..Lambat da ni.."Laung ibunya.
"Ya mama..kejap.Miya dah siap da ni.."balas Miya sambil berlari mendapatkan ibunya.
     Setelah memastikan semua keperluannya sudah di masukkan ke dalam kereta,mereka terus bertolak menuju ke destinasi yang dituju,asrama Sekolah Agama Menengah Seri Desa.Sepanjang perjalanan,keadaan di dalam kereta begitu meriah dengan gurauan disertakan dengan gelak ketawa mereka semua.
     Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam itu akhirnya berakhir apabila kereta bapanya tiba di perkarangan asrama.Miya keluar daripada kereta dengan hati yang berat.Selepas bersalaman  dengan ahli-ahli keluarganya,kereta bapanya akhirnya bergerak meninggalkannya di situ.Pasti Miya akan merindui keluarganya.Miya lalu mengangkat barang-barang miliknya naik ke biliknya.Kelihatan
rakan-rakan sebiliknya sedang asyik bergurau senda.Riuh dengan cerita-cerita mereka mengenai pengalaman semasa bercuti.
**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**
     Selepas solat maghrib,Miya menanti teman baiknya , Lin dan Isya untuk bersama-sama beriringan ke tempat untuk mereka menjalani sesi latihan nasyid.Semakin hampir mereka ke tempat yang mereka tuju , kedengaran bunyi alat-alat muzik yang sedang dimainkan.Mereka berpandangan sesama mereka.
"eh , korang dengar tak?Ko agak-agak sapa yang xsegn silu main percussion ea?Setahu aku,yang lain-lain masih ada kat surau lagikan?"ujar Isya.
"A..ahkan..jangan2..."balas Lin sambil mengerling ke arah Isya yang sememangnya penakut.
"Kau ni , jangan la takutkan Isya.Tengok,cuak da muka dia..hahaha"balas Miya sambil ketawa diikuti oleh Lin.
"Jahatla korang.."rungut Isya.
     Miya membuka pintu bilik komputer yang memang menjadi tempat  latihan mereka.Kelihatan 10 orang lelaki di dalamnya.Mereka melihat satu persatu wajah di dalam itu.Hanya ada seorang yang benar-benar Miya kenal di situ.
"Eh,mal..apa korang buat kat sini??
"Kitorang latihan nasyidla..."balas kamal.
"Oh,korangla budak nasyid lelaki ea?"soal Miya lagi.
"Korang plak nasyid perempuan ea?yang lain mana?tak kan korang bertiga je?"giliran kamal pula menyoal.
"Erm..yang lain ea?jap lagi sampai la tu..hehe.."balas Miya sambil tersenyum.
     Sementara menanti ahli-ahli kumpulannya,Miya,Lin dan Isya berkenalan dengan semua ahli nasyid lelaki yang ada.Suasana di bilik komputer itu riuh dengan suara mereka ketawa dan bergurau.
     Akhirnya,guru yang bertanggungjawab melatih mereka pun tiba.Keadaa bilik tersebut kembali tenang semula.
     Selepas beberapa jam menjalani latihan , mereka bersiap-siap untuk pulang.Usai menunaikan solat isya' , Miya lantas menuju ke biliknya.Dia lalu baring di atas katilnya sambil memikirkan sesuatu .Kehadiran Isya mengejutkannya kembali ke alam realiti semula.

"Miya,macam mana ni?"rungut Isya.
"Macam mana apa?"bentak Miya.
"Uik,nyentap nampak..yela..maksud aku,ada harapan ke kita nak jadi wakil sekolah ni?"soal Isya.
"Owh..pasal tu ke?sorry,aku tak tahu lah.Diorang pun hebat gak.Macam tipis je peluang kita."ujar Miya.
"Tapikan,aku nak sangat kita semua jadi wakil.Aku tak kira.Aku nak jugak!"tegas Isya.
"Ala,sabarlah..Belum cuba,belum tahu betul tak?InsyaAllah kita boleh punya"balas Miya sambil bangun daripada pembaringannya.
     Mendengar ucapan Miya membuatkan Isya sedikit lega.Dia akhirnya tersenyum dan berlalu.Keadaan di bilik Miya sedikit sunyi kerana rakan-rakan biliknya masih pulang.Dia menggelamun sendirian dan akhirnya terlena.
**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**
     Tepat jam 5.30 pagi,Miya terjaga daripada tidurnya.Dia lantas bangus dan melangkah dengan penuh longlai menuju ke bilik air untuk mandi.Setelah selesai membersihkan diri,Miya kembali semula ke biliknya.Kelihatan Lin dan isya sedang menanti di katil miliknya.
"Hai,awal korang bangun?"tegur Miya.
"Eh,mestilah..macam tak biasa pula."balas Lin.
     Miya lantas bersiap dan mencapai telekungnya untuk menuju ke musolla menunaikan solat subuh berjemaah.
Selepas selesai solat,mereka terus menuju ke dewan makan untuk bersarapan.Kemudian,selepas habis bersarapan,mereka terus menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap ke sekolah pula.
**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**
"Miya,jap.."panggil cikgu Zain,guru yang melatihnya nasyid.
"ye?kenapa cikgu?"soal Miya.
"Kamu tolong pesan dekat kawan-kawan kamu dan semua nasyid lelaki,rehat nanti ada pemilihan untuk menentukan siapa yang akan bertanding sebagai wakil sekolah minggu depan."jelas cikgu Zain.
"baik cikgu."balas Miya.
     Miya terus bergegas menyampaikan arahan tersebut kepada rakan-rakannya dan Kamal sebagai wakil lelaki untuk menyampaikan pada rakan-rakannya juga.Pada masa yang sama,dia juga menyedari ada beberapa mata yang sedang memerhatikannya .Dia pun hairan mengapa begitu ramai yang iri terhadapnya setiap kali dia mendekati Kamal walhal,Kamal lebih muda daripadanya.Mungkin juga kerana status Kamal sebagai pelajar yang boleh dikatakan menjadi rebutan pelajar wanita di sana menyebabkan dia terpaksa menghadapi situasi seperti itu.
"Erm,okla mal..akak rasa tu je kot.Adik kau pun masuk nasyid jugak kan?sapa nama dia?"soal Miya.
"Kau nak tahu buat apa?eh,takdela gurau je..Nama dia Khairul."jawab Kamal.
"Owh..ok la mal..jumpa nanti ea.."pesan Miya.
     Waktu yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba.Miya dan Kamal serta rakan-rakan mereka mula bergerak menuju ke dewan.Kelihatan beberapa orang guru menanti kehadiran mereka untuk mengadili mereka..Sepanjang sesi penilaian,mereka masing-masing berusaha untuk menunjukkan semangat mereka bagi meraih hati para juri.Akhirnya,keputusan pemilihan berpihak pada Miya dan rakan-rakannya.Kelihatan riak-riak gembira di wajah mereka mendengar keputusan tersebut.
     Sedang asyik meraikan kejayaan mereka,Miya mencari kelibat Kamal.Dilihatnya wajah itu begitu suram.Dia melemparkan senyuman kepada kamal dan Kamal membalasnya dengan senyuman hambar sambil mengucapkan tahniah kepada Miya.Miya tahu Kamal begitu kecewa dengan keputusan yang baru diumumkan kerana dia begitu menaruh harapan yang tinggi untuk ke pertandingan tersebut.
"Kau ok tak ni?"soal Miya.
"Aku ok la.takde apa pun.tahniah ea.."ucap Kamal.
"Thanks.korang nak pergi mana pula lepas ni?"soal Miya lagi.
"welcome..hmm..Aku ingat,aku nak pergi duduk kat bilik komputer je kot ngan diorang."jawab Kamal.
"Korang lepak situ ea..petang nanti pun sama tau.akak pun ingat nak prep kat situ."ujar Miya.
"InsyaAllah.."balas Kamal sambil berlalu pergi.
     Miya kembali semula bersama rakan-rakannya.Hatinya berbelah bahagi.Dalam masa yang sama,dia juga tidak berhenti-henti memikirkan ayat untuk menceriakan Kamal dan yang lain.
**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**@@@**

   Miya melangkah lemah ke bilik komputer.Dia membuka pintu bilik tersebut menggunakan kunci yang telah diamanahkan kepadanya.Dia terduduk lesu di kerusi lalu meletakkan kepalanya di atas meja.Tiba-tiba,kedengaran seolah-olah meja diketuk oleh seseorang.Perlahan Miya mengangkat wajahnya melihat siapa gerangan yang mengetuk.
"uik,ko ok tak?"soal Kamal.Di sebelahnya kelihatan Khairul dan rakan-rakannya yang lain.
"aku ok..korang camne?"soal Miya pula.
"Kitorang okla..rileks suda..small matter je tu..."balas khairul.
     Miya kembali meletakkan kepalanya di atas meja semula.Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya
ketika itu.Kamal dan Khairul mengambil tempat berhadapan dengan Miya.
"Ada problem ke Miya?"soal kamal.
"hah?takde papela .."jawab Miya cuba berselindung.
"tipu!"bentak Khairul.
"Betul ke takde pape ni?."soal Kamal pula.Namun,Miya tetap mendiamkan dirinya.Suasana di bilik itu semakin suram.
     Kamal dan Khairul tetap tidak berputus asa.Mereka cuba untuk menceriakan Miya.Namun,reaksinya tetap sama kerana Miya langsung tidak mengendahkan mereka.Walau bagaimana pun,mereka berdua tetap tidak berputus asa.Mereka tetap berusaha melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan Miya ceria semula.
Ternyata usaha mereka tidak sia-sia.Mereka berjaya.
     Tepat jam 4.30 petang,Miya terus keluar dari bilik tersebut diikuti oleh Kamal,Khairul dan rakan-rakannya yang lain.Sebelum pulang,Kamal sempat berpesan kepada Miya supaya tidak terlalu memikirkan tentang perasaan mereka semua.Mereka yakin mereka pasti akan berada dalam keadaan yang baik dan menyuruh supaya Miya menjaga dirinya sebaik yang mungkin.